Friday, December 30, 2011

"............and we'll discuss"....

it's too late for that,
eventhough you are the SMIC, but still you have to respect your junior. Do take note on that!

If you want to spread rumours on me, be my guest!

Sunday, December 18, 2011

hati aku kuat teringatkan dia...dearyku~

apa khabarkah dia, sihatkah dia...
hati seakan gusar entah kenapa...
lalu aku kirimkan sms untuk sidia...

Tuhan,
lindungi dia...dearyku~
kerna dia antara insan2 yang aku cinta...

Saturday, December 10, 2011

My Life As a Wife~

hahaa..tajuk macam nak gempakkan?

Alhamdullillah ada the other half.kalau dulu keluar pun ibu and abah risau2, bising2.sekarang tidak lagi.:)

yes, rutin hidup mmg sudah berubah.ada suami yang kene dijaga.
dari segala aspek.berkahwin ni bukan satu beban tp ada tanggjungjawab yang kena digalas.
kena jaga banyak sangat benda.isteri bukan sahaja kena jaga maruah diri sendiri tapi kena jaga maruah suami as well.

untuk permulaan yang baru:)
semoga hubungan kami diberkati dan dilindungi oleh-NYA selalu

dan,
untuk semua yang datang dan mendoakan..terima kasih:)

Thursday, June 09, 2011

Macam-macam hal yang terjadi.
Jujurnya aku sangat penat.Letih.Capek.
Aku sudah malas untuk berkata-kata.Bergaduh atau apa sahaja.Full stop.Titik.

Wednesday, June 08, 2011

KAU,KAU dan Kau!
boleh x,

1. gunakan signal yang ada, kau xrasa ke yang kau menyusahkan orang lain, kereta yang beratur panjang2!!!

2. manusia ni buang sampah elok2, esp manusia dalam kereta, kau pandai xnak kotorkan kereta tapi kau kotorkan alam ni, kau ini bumi ni kau yang punya ke?

3. jangan pentingkan diri sendiri, kalau ada org tua, OKU hatta perempuan mengandung silalah rajinkan bontot untuk bangun dan beri pada yang lebih memerlukan

4. bila dekat ofis atau apa jangan mengata org lain smpai outsiders boleh dengar, ai wat malu beb! and tambah dosa jugak!!!

5. jangan pakai terlampau sexy pergi kerja-kau ingat ini kelab malam ke?silalah follow the COE

6. silalah buang sifat diskriminasi itu...aku sungguh tidak paham....

7. banyak lagi, tapi aku malas mahu update...

Tuesday, June 07, 2011

jujurnya dari sekolah aku mahu menjadi auditor dan bekerja di company yang aku bekerja sekarang..

ya, Tuhan telah permudahkan laluan aku...namun kenapa aku menangis?
aku juga tidak tahu...

hari pertama, aku sangat2 tidak kuat!

terima kasih pada keluarga dan sahabat2 yang tidak putus2 memberikan kata sokongan buat aku...aku sangat hargai itu...

dan pada seseorang yang amat aku sayang...NHS my lovely adik...
trimas atas kata2 anda...kerna ianya sangat membantu akak(^_^)
kita optimis sama2 ok? (^_^)Gambate!!!

Monday, June 06, 2011

derma darah

hari ke-4 di ofis,
masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri...
nasib baik ada teman disisi...

owh, 15 June ini ada kempen derma darah,
untuk yang tidak tahu salah satu hasrat aku (dalam berpuluh hasrat) adalah untuk menderma darah...

namun,
aku acapkali kecewa kerna jawapan yang diberikan adalah disebabkan aku adalah underweight walau sebenarnya BMI aku telah cukup tapi tidak menepati "syarat kelayakan".

semoga, satu masa nati aku dapat jugak menderma darah...
aku tidak punya harta yang banyak, jadi kalau dapat berbakti dengan menderma darah,maka itu sudah membuatkan aku happy..apatah lagi jenis darah aku amat 'berharga'...

Wednesday, May 25, 2011

aku sudah mula mahu kerja...
setelah hampir 5 tahuh aku tinggalkan...
tp jujurnya, aku sangat penat...
kerna sepanjang 2 bulan ini banyak sgt benda yang aku setelkan...
jadi,
badan aku da macam reach maximum limit...
xtau nak cakap mcm mana...
cuma...
P.E.N.A.T.

Monday, May 23, 2011

The Eleventh Hour

owh,
ianya sangat terkesan dalam hati aku,dalam diri aku...
aku,kamu,dia,mereka...
semuanya manusia...
namun apa yang membezakan kita semua?
perangaikah?amalankah?dsbnya...

aku tahu aku bukanlah seorang yang baik walaupun definisi baik atau jahat itu sindri tidak pernah aku ketahui...
dan aku juga tahu manusia tidak ada hak untuk membuat sebarang judgement kerna itu hak mutlak DIA...

semoga Tuhan itu memberi aku ruang dan peluang untuk memperbaiki diri aku...
Tuhan,
menciptakan aku,meniupkan roh untuk aku,meminjamkan segalanya untuk aku...

semoga Tuhan jauhkan aku dari kekufuran...
aku tidak mahu lebih,cuma aku minta agar aku sentiasa dibawah hidayahNYA..

siapa Tuhan itu?
DIAlah yang satu...
Allah S.W.T.

Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya...
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..[99:7&8]

Friday, May 20, 2011

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian...

urm, sebenarnya 24 jam masa yang Allah bagi itu sangat cukupkan?
cuma kita ni manusia, selalu habiskan dengan buat benda yang tak berfaedah..yang melalaikan...
tau2 jer kita kata masa tu xpernah cukup buat kita...

jadi peringatan buat diri aku dan semua...
gunakanlah masa dengan sebaik2nya...
jangan disia2kan dengan benda yang xsepatutnya....

owh,lupalah...
aku masih lagi 'penganggur' yang berjaya...
walaupun begitu, banyak yang telah aku pelajari...Alhamdulillah...
heh,but i am happy with my life right now...

Thursday, May 12, 2011

hers~





mine~




and, ours~




catching up wif Atika...


hehe,had a lovely evening...


thanx babe~


xoxo






Wednesday, May 11, 2011

untuk apa tangisan itu?
gembirakah?
sedihkah?

banyak yang tersimpan, tersemat dihati...
walau aku menulis namun hakikatnya tidak banyak yang telah aku bongkar...

apa yang aku takutkan?
entahlah,
jadi,
biarlah rahsia...

Saturday, May 07, 2011

sahabat~

Malam td lepak bersama Mr. U2...

owh...rasa sangat gembira sebab da terlalu lama xlepak ngan member2 dan yang terbaik!!!

hepi sebab sorang mahu kahwin dan sorang mahu bertunang...

bukak citer pasal mcm2 itu dan ini...

Buat Mr. U,
aku hepi sgt sebab ko bawak gf ko jupe aku!dia sgt comey dan dia sgt sepadan dgn ko!
dan aku doakan apa yang dirancangkan akan berjalan dgn lancar,InsyaAllah.

Buat Mr. Y,
owh,lu mmg wat aku bengang bro!
tp pepun aku hepi gler2 coz lu da tunang sebab aku tau kalini lu sgt serius setelah sekian lama...

dedikasi utk sahabat Mr. U and Mr. Y walau korunk tidak pernah tahu yang aku menulis...

sekolah rendah beb!kita sama2...
then, sekolah menengah lost contact mcm tu jerk!
dan after years...Tuhan temukan kita semua dgn cara yang berbeda dan unik...
walau kita ada history yg xdisangka2, namun itu yg merapatkan kita...

doa aku...
moga ukhwah kita kekal selamanya...InsyaAllah...

Tuesday, May 03, 2011

jujurnya,

aku sangat salute org yang bis jer blaja terus mula keja...


yup!

itu memang pilihan masing2,tapi bagi aku once bila da mula keje smpai mati keja ha...


heh,

so kawan...selamat kerja~

Friday, April 29, 2011

a month~

tinggal sebulan jer lagi...


sebulan untuk buat macam2 benda, nak siapkan itu ini...

nak jupa orang sana sini...

ramai kawan yang mahu jumpa, tapi maaf aku mmg xda masa...

kawan2 sudah bising, kata aku lupa mereka tp malangnya aku tidak punya waktu...

therefore,do forgive me friends


sebulan...

moga Allah permudahkan~


owh,i like him...(*_*)

Wednesday, April 20, 2011

stress,

terutamanya apabila insan sekeliling tidak membantu...

*damn*

Monday, April 18, 2011

TBK - Bukannya aku Takut

lagu kegemaran aku..walau bertahun berlalu... owh,ini untuk kamu!

Saturday, April 16, 2011

OneRepublic - Secrets

Friday, April 15, 2011

syukran ya Allah.


TAHNIAH! ANDA TELAH LAYAK BERGRADUAT


CONGRATULATIONS! YOU HAVE QUALIFIED TO GRADUATE



heh..copy dari website...Alhamdulillah...sgt bersyukur dengan status itu...

segala penat jerih 5 tahun ni da terbalas...

walau apepun tanpa sokongan dari semua esp family, aku xkan ada disini...

Terima Kasih...

unexpected...
but again...
Alhamdulillah

Thursday, April 14, 2011

hati aku sangat pedih...

aku xtau nak tulis apa sebab ianya sgt memberi kesan dalam hidup aku...


kau,

insan yang aku hormat walau kita xberapa rapat...

tp kenapa pabila tiba masa itu kau sekadar mahu lepas tangan?

kenapa sekadar melepas batuk ditangga?

kenapa biarkan dia terkapai2 sebegitu sahaja?


aku yang melihat dan secara tidak langsung aku merasai kepedihan hatinya...

aku ingin menangis tapi kupendamkan sahaja...


Tuhan,

bantu aku dengan memberi kekuatan itu...

Thursday, April 07, 2011

kebosanan tahap melampau!!! bila mahu kerja? aku lagi rela stress kerja dari dok xda wat ape2... huish..mmgla aku xboleh jadi surirumah!

Monday, April 04, 2011

200!!!


jujurnya aku bukan seorang yang jenis ambil port org lain...


tp aku menyampah pabila org lain sibuk ambil port aku...


dan, da 'best' part bila masing2 mulut tempayan sebarkan cerita tentang aku...


and, lagi best part bilamana aku tidak pernah kawan dengan kamu! terima kasih... aku akan ingat 'jasa, budi baik' kamu,kamu dan kamu smpai mati!!!

Thursday, March 31, 2011

31 March 2011 Alhamdulillah.... setiap pertemuan ada perpisahan... jujurnya aku tidak ramai sahabat, namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada... end of my journey as a student... tidak sangka da 5 tahun aku disini... macam2 benda yang aku lalui... kesedihan, keperitan, kegembiraan..all the hatred and loves mixed up.... walau apapun, segala yang berlaku akan tetap berlaku.... May Allah bless~

Monday, March 14, 2011

14 March 2011
23:14


tik tok..tik tok...
masa yang hampir tiba...
pengakhiran sesuatu dan permulaan sesuatu...
moga Allah permudahkan...InsyaAllah...
Amin...

Thursday, March 03, 2011

3 March 2011
12:17

aku mmg suka baca bloG!teramat1la suka...
dan bolah dikatakan tiap kali aku on9 ada satu blog yg aku xkan miss!!!
tulisan dia hidup ibarat ada 'nyawa'...
tulisan dia berada dekat dengan aku...dekat dihati aku...
seolah2 aku mengenali blogger ini walau entah siapa dia...

tapi,
agak terkilan pabila status indicate that 'the blog has been removed'...
owh,
boleh x aku harap ni sementara sahaja?

Tuesday, March 01, 2011

counting days...lalalla

Friday, February 25, 2011

25 February 2011
19:06

had a great time wif beloved family at SR...
terima kasih Tuhan atas kurniaan ini...
well,
bukan itu yang aku nak stresskan kat cni...

masa berlalu,
semakin cepat berlalu...
in one month my journey as a full time student will reach to an end...
hopefully everything will goes well...

frankly there are lots of things in my mind...
and i am way too busy handling many things here and there...

hopefully Allah will lead me da way...InsyaAllah...

Friday, February 18, 2011

18 February 2011
21:16

aku sudah mencuba yang terbaik...
jadi terserahlah...titik

Tuesday, February 15, 2011

15 February 2011
8:31am

jujurnya mmg sepanjang aku di MS terlampau byk dugaan...
tp inilah yang paling berat dan mencabar...

harapan aku cuma satu...
moga Allah beri aku kekuatan dan waktu untuk mengharungi sisa-sisa yang berbaki ini...
Amin...

Thursday, February 10, 2011

10 February 2011

jujurnya aku sedang menahan diri aku...
aku tidak mahu bergaduh, bermasam muka kerna aku tahu itu bukan diriku...
namun,
hati aku seakan mahu explode...
aku sudah tidak tahan sebenarnya...

ibu cakap,
adakalanya kalau berdiam xsemestinya kita mengalah...
ya,
aku tahu itu...

namun aku xtau berapa lama lagi aku mampu utk bersabar...

ibu jugak kata,
satu hari nati pasti Allah akan membalasnya...
DIA Maha Mengetahui....

aku juga tahu itu...
namun persoalannya...
sampai bila?

Wednesday, February 09, 2011

aku tidak mampu untuk menipu diri aku...
aku penat apabila apa yang mereka dan dia tahu hanyalah mengambil kesempatan...

bilamana susah dan ada kepentingan mulala mencari aku...
jikalau tidak, macam haram jadah!maaf, jujurnya aku sudah tidak tahan dengan segala manusia hipokrit....

bagi aku,
kau tidak layak digelar teman apatah lagi serendah2 kawan....

9 February 2011
20:06

aku dalam fasa yang amat lemah...
diuji dan teruji...
namun,
semoga kekuatan itu sentiasa berada denganku...
aku tidak mahu menjadi hamba yang kufur...
aku ingin sekali menjadi penghuni jannah itu...
Ya Allah tetapkanlah imanku...

aku redha jikalau inilah ujianMU...

Tuesday, February 01, 2011

teringat

1 February 2011
13:22

hari ahad lepas berkunjung ke majlis pernikahan seorang teman baik...
gembira untuk si dia kerna sudah selamt diijabkabulkan...
tetapi sedang dia duduk dimasjid disisi sang ibu, membuatkan aku terkenang akan arwah umi...

umi,
tidak sempat untuk melihat aku bertunang apatah lagi mendirikan rumahtangga kelak, InsyaAllah...
jujurnya, aku agak beremosi disitu...
namun,
Aku tahu yang Allah lebih menyayangi umi lebih dari aku...
Al-Fatihah buat umi tercinta...

Thursday, January 27, 2011

last mid term


malam tadi sebelum tido...
dalam pukul 1pagi, aku bersembang dgn cik rommate...
dan aku katakan "this will be da last mid term ever"...
tiba2 suasana jadi silent...
owh jujurnya gembira mahu pulang ke rumah...
tp mengenangkan inilah saat2 terakhir suasana jadi sayu...
lepas ni,
xkan ada lagi merengek mahu pulang...
kerja gila yg ntah pape...
gelak mcm org gila...smpai senak2 perut...
gosip mcm2...
hehe...stadi yg mcm ntah paper...terima kasih pada jam loceng cik Atika....
this will be da last mid term....after 5 years....
may Allah bless

Thursday, January 20, 2011

20 January 2011

susah pabila kebaikan disalah ertikan....
ya, aku manusia dan kau juga manusia....

dan,
jujurnya aku merasakan tidak ada salahnya utk membuat kebaikan....

namun,
mengapa harus ada rasa prejudis itu?

persoalannya ada padaku...

namun jawapan mungkin ada pada kamu...

terpulanglah...

Friday, January 14, 2011

macam2 ada~

14 January 2011

paper td macam haram!
tersangatlah susah, tak terkata hendaknya...

saya mahu pulang,
saya sangat stress dengan suma benda...kerja-kelas-kawan...segalanya...
saya sangat penat...
sangat susah mahu 'please' people...

saya mahu berada dekat dengan keluarga saya...

itu sahaja....

Friday, January 07, 2011

7 Januray 2011
21:29

mimpi itu,
buat kali yang ke-3...
owh, sangat real...
sangat xterkata....

terpandang, lalu berpaling...
hati terdetik, moga dijauhkan segala yang tidak elok....

owh,
saya amatlah susah hati...

 
template by suckmylolly.com