Saturday, April 16, 2011

OneRepublic - Secrets

Friday, April 15, 2011

syukran ya Allah.


TAHNIAH! ANDA TELAH LAYAK BERGRADUAT


CONGRATULATIONS! YOU HAVE QUALIFIED TO GRADUATE



heh..copy dari website...Alhamdulillah...sgt bersyukur dengan status itu...

segala penat jerih 5 tahun ni da terbalas...

walau apepun tanpa sokongan dari semua esp family, aku xkan ada disini...

Terima Kasih...

unexpected...
but again...
Alhamdulillah

Thursday, April 14, 2011

hati aku sangat pedih...

aku xtau nak tulis apa sebab ianya sgt memberi kesan dalam hidup aku...


kau,

insan yang aku hormat walau kita xberapa rapat...

tp kenapa pabila tiba masa itu kau sekadar mahu lepas tangan?

kenapa sekadar melepas batuk ditangga?

kenapa biarkan dia terkapai2 sebegitu sahaja?


aku yang melihat dan secara tidak langsung aku merasai kepedihan hatinya...

aku ingin menangis tapi kupendamkan sahaja...


Tuhan,

bantu aku dengan memberi kekuatan itu...

Thursday, April 07, 2011

kebosanan tahap melampau!!! bila mahu kerja? aku lagi rela stress kerja dari dok xda wat ape2... huish..mmgla aku xboleh jadi surirumah!

Monday, April 04, 2011

200!!!


jujurnya aku bukan seorang yang jenis ambil port org lain...


tp aku menyampah pabila org lain sibuk ambil port aku...


dan, da 'best' part bila masing2 mulut tempayan sebarkan cerita tentang aku...


and, lagi best part bilamana aku tidak pernah kawan dengan kamu! terima kasih... aku akan ingat 'jasa, budi baik' kamu,kamu dan kamu smpai mati!!!

Thursday, March 31, 2011

31 March 2011 Alhamdulillah.... setiap pertemuan ada perpisahan... jujurnya aku tidak ramai sahabat, namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada... end of my journey as a student... tidak sangka da 5 tahun aku disini... macam2 benda yang aku lalui... kesedihan, keperitan, kegembiraan..all the hatred and loves mixed up.... walau apapun, segala yang berlaku akan tetap berlaku.... May Allah bless~

Monday, March 14, 2011

14 March 2011
23:14


tik tok..tik tok...
masa yang hampir tiba...
pengakhiran sesuatu dan permulaan sesuatu...
moga Allah permudahkan...InsyaAllah...
Amin...

Thursday, March 03, 2011

3 March 2011
12:17

aku mmg suka baca bloG!teramat1la suka...
dan bolah dikatakan tiap kali aku on9 ada satu blog yg aku xkan miss!!!
tulisan dia hidup ibarat ada 'nyawa'...
tulisan dia berada dekat dengan aku...dekat dihati aku...
seolah2 aku mengenali blogger ini walau entah siapa dia...

tapi,
agak terkilan pabila status indicate that 'the blog has been removed'...
owh,
boleh x aku harap ni sementara sahaja?

Tuesday, March 01, 2011

counting days...lalalla

Friday, February 25, 2011

25 February 2011
19:06

had a great time wif beloved family at SR...
terima kasih Tuhan atas kurniaan ini...
well,
bukan itu yang aku nak stresskan kat cni...

masa berlalu,
semakin cepat berlalu...
in one month my journey as a full time student will reach to an end...
hopefully everything will goes well...

frankly there are lots of things in my mind...
and i am way too busy handling many things here and there...

hopefully Allah will lead me da way...InsyaAllah...

Friday, February 18, 2011

18 February 2011
21:16

aku sudah mencuba yang terbaik...
jadi terserahlah...titik

Tuesday, February 15, 2011

15 February 2011
8:31am

jujurnya mmg sepanjang aku di MS terlampau byk dugaan...
tp inilah yang paling berat dan mencabar...

harapan aku cuma satu...
moga Allah beri aku kekuatan dan waktu untuk mengharungi sisa-sisa yang berbaki ini...
Amin...

Thursday, February 10, 2011

10 February 2011

jujurnya aku sedang menahan diri aku...
aku tidak mahu bergaduh, bermasam muka kerna aku tahu itu bukan diriku...
namun,
hati aku seakan mahu explode...
aku sudah tidak tahan sebenarnya...

ibu cakap,
adakalanya kalau berdiam xsemestinya kita mengalah...
ya,
aku tahu itu...

namun aku xtau berapa lama lagi aku mampu utk bersabar...

ibu jugak kata,
satu hari nati pasti Allah akan membalasnya...
DIA Maha Mengetahui....

aku juga tahu itu...
namun persoalannya...
sampai bila?

Wednesday, February 09, 2011

aku tidak mampu untuk menipu diri aku...
aku penat apabila apa yang mereka dan dia tahu hanyalah mengambil kesempatan...

bilamana susah dan ada kepentingan mulala mencari aku...
jikalau tidak, macam haram jadah!maaf, jujurnya aku sudah tidak tahan dengan segala manusia hipokrit....

bagi aku,
kau tidak layak digelar teman apatah lagi serendah2 kawan....

9 February 2011
20:06

aku dalam fasa yang amat lemah...
diuji dan teruji...
namun,
semoga kekuatan itu sentiasa berada denganku...
aku tidak mahu menjadi hamba yang kufur...
aku ingin sekali menjadi penghuni jannah itu...
Ya Allah tetapkanlah imanku...

aku redha jikalau inilah ujianMU...

Tuesday, February 01, 2011

teringat

1 February 2011
13:22

hari ahad lepas berkunjung ke majlis pernikahan seorang teman baik...
gembira untuk si dia kerna sudah selamt diijabkabulkan...
tetapi sedang dia duduk dimasjid disisi sang ibu, membuatkan aku terkenang akan arwah umi...

umi,
tidak sempat untuk melihat aku bertunang apatah lagi mendirikan rumahtangga kelak, InsyaAllah...
jujurnya, aku agak beremosi disitu...
namun,
Aku tahu yang Allah lebih menyayangi umi lebih dari aku...
Al-Fatihah buat umi tercinta...

Thursday, January 27, 2011

last mid term


malam tadi sebelum tido...
dalam pukul 1pagi, aku bersembang dgn cik rommate...
dan aku katakan "this will be da last mid term ever"...
tiba2 suasana jadi silent...
owh jujurnya gembira mahu pulang ke rumah...
tp mengenangkan inilah saat2 terakhir suasana jadi sayu...
lepas ni,
xkan ada lagi merengek mahu pulang...
kerja gila yg ntah pape...
gelak mcm org gila...smpai senak2 perut...
gosip mcm2...
hehe...stadi yg mcm ntah paper...terima kasih pada jam loceng cik Atika....
this will be da last mid term....after 5 years....
may Allah bless

Thursday, January 20, 2011

20 January 2011

susah pabila kebaikan disalah ertikan....
ya, aku manusia dan kau juga manusia....

dan,
jujurnya aku merasakan tidak ada salahnya utk membuat kebaikan....

namun,
mengapa harus ada rasa prejudis itu?

persoalannya ada padaku...

namun jawapan mungkin ada pada kamu...

terpulanglah...

 
template by suckmylolly.com